Masa Reaksi

Comments
  1. Anonymous says:

    MASA REAKSI
    Magill (1993), telah mendefinisikan masa reaksi sebagai tempoh daripada mula penerimaan stimulus sehingga bermulanya gerak balas. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan ia dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan individu itu sendiri. Singer (1980), telah menjelaskan bahawa masa reaksi berkait rapat dengan fungsi fisiologi yang melibatkan integrasi antara sistem saraf, persepsi rangsangan dan tindak balas rangsangan. Kesemua rangsangan yang diterima oleh sensori, impuls aferen dihantar ke efektor untuk memberi tindakan terhadap rangsangan.
    Menurut Johnson dan Johnson (1985), masa reaksi adalah selang masa di antara penerimaan sesuatu rangsangan sehingga memulakan sesuatu gerak balas. Menurut Magill (1983), pengukuran masa reaksi merangkumi dua komponen iaitu isyarat rangsangan dan permulaan gerak balas. Isyarat amaran ialah isyarat awal yang diberi sebelum isyarat rangsangan sebenar. Sebagai contoh “sedia” juga memainkan peranan penting kerana ia membolehkan peserta bersedia untuk bertindak seterusnya dan mempengaruhi masa reaksi peserta. Masa reaksi seseorang individu adalah berbeza dan ianya dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan invidu itu sendiri.
    Faktor persekitaran yang mempengaruhi antaranya ialah:-
    a) Jumlah alternatif stimulus-respon
    b) Kesesuaian stimulus dengan gerakbalas
    c) Variabiliti tempoh awal
    Antara faktor individu yang mempengaruhi masa reaksi ialah seperti:-
    a) Kematangan biologi
    b) Intensiti tumpuan
    c) Modaliti sensori yang digunakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s