Piramid Aktiviti Fizikal

Comments
  1. tokey_sport says:

    maaf…kekangan masa..

  2. Anonymous says:

    Kompenen Kecergasan Fizikal
    Kompenen kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan
    kecergasan berasaskan lakuan motor. Seseorang yang sihat perlu mempunyai kecergasan berasaskan kesihatan tetapi bagi seseorang yang bergiat dalam bidang sukan -otot yang ingin mengekalkan tahap kecergasan mereka seperti seorang atlet , haruslah menguasai kedua-dua kompenen.

    A ) Kompenen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan

    Terbahagi kepada 5 kompenen iaitu :
    1) Daya Tahan Kardiovaskular
    Didefinisikan sebagai keupayaan untuk menghantar nutrien ,terutama oksigen, menghantar ke otot yang bekerja dan mengangkut keluar hasil buangan ketika kerja fizikal berterusan. Kompenen ini melibatkan efisiensi jantung, salur darah dan paru-paru.

    2) Daya Tahan Otot
    Keupayaan otot menghasilkan submaximum yang berulang-ulang yang mengatasi rintangan atau mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu jangka masa yang panjang. Kompenen ini melibatkan suatu jangka masa yang panjang pada itensiti yang rendah.

    3 ) Kekuatan Otot
    Keupayaan sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan daya maksimum mengatasi rintangan. Kompenen ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka masa yang pendek pada itensiti yang tinggi.

    4 ) Fleksibiliti
    Merujuk kepada pergerakan sesuatu sendi melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan pada bahagian sendi dan otot.

    5 ) Komposisi Tubuh
    Perkadaran jumlah lemak badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yangt lebih baik berbanding berat badan.Kelebihan lemak dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis penyakit kronik.

    B) Konsep Kecergasan Berlandaskan Perlakuan Motor

    Terbahagi kepada 6 kompenen :
    1 ) Kepantasan
    Keupayaan melakukan sesuatu pergerakan dalam suatu jangka masa yang singkat.

    2 ) Kuasa
    Berhubungkait dengan kadar melakukan sesuatu kerja.

    3 ) Koordinasi
    Pengunaan mengunakan deria seperti penglihatan dan pendengaran bersama dengan anggota badan dalam melakukan pergerakan motor dengan lancar dan tepat.

    4 ) Keseimbangan
    Keupayaan mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan statik atau dinamik.

    5 ) Ketangkasan
    Keupayaan mengubah haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat melaui ruang.

    6 ) Masa Tindak Balas
    Masa atau sesuatu stimulus dengan permulaan tindakan kepada stimulus tersebut.

  3. Anonymous says:

    MNA NE?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s